Hanis @t Home (c) Copyright 2010. Powered by Blogger.
RSS
made by Leeloumade by Leelou made by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

Roses Garden Chocolate



Salam semua..hari ni nak share sekebun bunga rose coklat untuk hantaran yang ditempah sempena majlis perkahwinan jiran emak saya di Melaka. Ceria sungguh pengantin huhu..teringat zaman2 naik pelamin dulu. Semoga kekal hingga di syurga. Sambil buat coklat sambil berdoa tu. Insya Allah. Harga coklat untuk tempahan ini ialah RM 40 iaitu 60 biji berinti oren dan strawberi (lebihkan 10 biji utuk mak pengantin) dan chocolate box RM 10.

Roses Garden Coklat

Shell:
1kg bar White Chocolate Compond (saya guna jenama Beryls-buatan Malaysia)
Pewarna halal (merah,pink,hijau,biru,orange,kuning)
Acuan roses untuk coklat (saya guna yang plastik sbb senang dikeluarkan dan coklat cepat keras)

Filling :
200gm white chocolate (jenama sama) - potong kecil supaya cepat melt.
1/4 cup whipping cream
Perahan orange dan strawbery (saya guna buahan segar. lagi umph rasanya)

Method:

Sediakan dulu fillingnye..Panaskan whipping cream jgn sampai mendidih dengan api yg kecil. Kemudian angkat dan masukkan white chocolate.kacau hingga coklat melt (cair).Bahagikan kepada 2 bahagian untuk dua perisa..kemudian masukkan perahan limau dan kacau.Begitu juga untuk strawberi. Masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan sikit.

Sekarang buat shell coklat pula. Double boil white coklat hingga coklat melt dan bahagikan kepada 5 bahagian mengikut warna yang kita suka. masukkan pewarna dan kacau sebati. Ambil acuan bentuk roses dan isikan separuh sahaja.Yang lebih nanti untuk dipenuhkan selepas letak filling. Hentak2 sikit supaya tidak ber'bubble' di bahagian bawahnya. Masukkan dalam peti sejuk dalam 2 minit kemudian keluarkan (coklat tidak keras keseluruhan dan masih melt dibahagian tengah). Ambil filling sudukan ke dalam shell coklat tadi (guna sudu kecil). Dah complete letak filling dalam acuan roses, masukkan lebihan bahagian warna yang selebihnya hingga acuan penuh. Simpan dalam peti sejuk selama kurang dari 3 minit bahagian frezer. Jangan lama nanti coklat akan berpeluh (berwap) bila  dikeluarkan. Setelah keras, masukkan dalam paper cup dan simpan dalam bekas.

Saya dah ubah method ini sikit (maaf cheff Noraini) supaya senang membersihkan peralatan dan tidak membazir coklat. Selamat mencuba.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...