Hanis @t Home (c) Copyright 2010. Powered by Blogger.
RSS
made by Leeloumade by Leelou made by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

RAINBOW CAKE EASY




Kek untuk majlis makan2 di office, meraikan rakan2 yang naik pangkat. Dah lama teringin nak buat kek rainbow ni...tapi memerlukan kesabaran yang tinggi sebab kena bakar 6 layer dengan 6 color yang berbeza.




Yang ni rainbow kek juga sempena birthday anak yang sulong  Hafiz Hanis yang ke 4 tahun pada 1 Mei 2011 (Labour Day)...sawan kek rainbow lah mamanye ni.. Sibuk nak gambar Batman..tak sabar2 nak potong kek di kampung. Color2 so kanak2 memang suka makan.

Resipi ( Dari Laman Web Martha Stewart) - tapi dah di ubah suai sedikit

3 cawan tepung kek
1/2 sudu teh garam
1 cawan unsalted butter
2 cawan gula
5 biji putih telur - Gred A
2 sudu teh vanilla extract
11/2 cawan susu
6 food coloring ( purple, biru, hijau apple, kuning telur, oren dan merah) untuk 6 lapis

Method nye

Panaskan oven 175 degreeF. Sediakan pan 9" ( kat rumah saya ada 2 pan, so reuse them) di griskan dengan vegetable shortening . Alas dengan parchment paper atau kertas minyak pun boleh, gris lagi sekali dengan vegetable shortening dan diratakan dengan sedikit tepung. Set aside the pan.

Bahan Kering

1. Satukan bahan2 yang kering dulu iaitu tepung dan garam dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk electric mixer, pukul butter dan gula hingga berkrim. Masukkan sedikit-sedikit   putih telur dan juga vanilla extract. Pukul hingga sebati.
3. Kemudian dalam medium speed, masukkan tepung dan susu secara alternate (berselang seli) hingga habis dan sebati.
4. Sediakan 6 mangkuk dan bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Masukkan 1 sudu besar untuk setiap pewarna.
5. Bakar untuk setiap pan lebih kurang 15 minit. Macam kek lapis..tapi ni kita combine 6 layers tu di darat. Nak tahu masak ke tidak, kita cucuk lidi kat tengah2 tu.,kalau kering kat lidi..maka masak lah ia. Let it cool dalam 10 minit.
6. Habis kesemua layers yang telah di bakar maka boleh di susun ikut seperti gambar di bawah. (Saya x sempat ambil gambar layer2 tu..dah habis dimakan).

Sumber Laman Web Martha Stewart
7.  Mula lapis bawah purple, icing, biru, icing, hijau, icing, kuning, icing, oren, icing dan last sekali warna merah. Cantikkan..betul2 cantik dan sedap..maybe hanya guna putih telur kek ni x rasa muak. Anak2 pun suka.

Frosting Simple

1. 1 blog krimwell
2. 1 blog Butter
3. 1 cawan gula icing
4. 1 sudu teh lemon extract

Method

Mix all together hingga well combine. Boleh bahagi2kan beberapa bahagian dan letak colour untuk deco the cake.

Selamat mencuba.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...