Hanis @t Home (c) Copyright 2010. Powered by Blogger.
RSS
made by Leeloumade by Leelou made by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

MUFFIN BLUEBERRY DAN STRAWBERRY

Muffin Blueberry dan Strawberry

Majlis Perkahwinan Adik.

Muffin ni actuallynyee nana buat dah lame..tersimpan dalam PC..ni baru nak di interpremkan dia..atas permintaan kawan baik nana Kak As..(i love u kak As)..Muffin ni dibuat masa kenduri perkahwinan adik. Ada kat gambar atas tu..nak tau apa yang menariknya..tengoklah tang bunga manggarnye tu.. unik kan? Mak yang design dan buatkan..berebut2 pak cik mak cik kanak2 nak ambik bunga manggar tu. Apa yang speciallnya ye?? Kalau nak tau..setiap tangkainya ada belon, ada duit dan gula-gula..mau tak berebut yang tua muda. Kalau ada kenduri kawin cuba korang try..memang happening.

Ok let's check resepi yang diambil dari joyofbaking.com. Best laman web ni. I like. copy paste je ye..but..apa yang berbeza muffin dan cup cake ye? nampak sama bahan pun lebih kurang sama..

Bahan-Bahan Muffin (Untuk 12 Ketul Cup Saiz Sederhana)

Pre heat oven 190 degree celcius. Sediakan tools : 2 mangkuk untuk asingkan bahan kering dan basah. whisker, spatula (x perlu mixer hanya guna senduk je).

1/2 cawan butter, cairkan dan biar sejuk baru guna
2 biji telur (besar punye size)
1 1/2 teaspoon vanilla esen
1 cawan susu
2 cawan tepung gandum
2/3 cawan gula
1 tablespoon baking powder
1/2 teaspoon garam (bagi lemak2 sikit)
Jem blueberry atau strawberry - buah yg fresh lagi healthy
pewarna merah (untuk muffin strawberry - i like color2)


 
Cara-cara

1. Dalam mangkuk bahan yang basah : whisk telur, susu, dan esen vanilla.(Time ni boleh campur jem strawberry atau blueberry dan pewarna)

2. Dalam mangkuk bahan kering : whisk tepung, gula, baking powder dan garam. (Time ni boleh masukkan buah2 kering ke, buah buahan segar atau coklat chip)

3. Masukkan bahan yang dalam mangkuk basah bersma dengan butter yang dicairkan ke dalam mangkuk bahan kering. Kacau secara kaup balik guna spatula sampai semuanya combine. (Jangan over mix..kacau gitu2 je) kalau tidak akan jadi keras nanti.

4. Sudukan menggunakan scoop ice cream atau sudu je pun boleh tapi exceed 3/4 dari paper cup. Paper cup tu griskan dgn shortening atau butter dulu.

5. Placekan dalam oven yang dah di panaskan. Bakar dalam 18 ke 20 minit. Macam biasa insert lidi sate atau toothpick ke dalam muffin nak tau dah masak ke tidak. Clean maksudnye masak dah tu.

6. Keluarkan dan let it cool. Wallah dah siap pun.



Note :

Muffin ni juga di panggil sebagai quick bread..mat salleh buat ni utk sarapan biasanya. Texture dia..lebih padat berbanding cup cake..cup cake lebih lembut dan selalunya dihias dengan topping while muffin is not..look like ugly sikit..hihi tapi best jer kalau dah NGAP. Selamat mencuba.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...