Hanis @t Home (c) Copyright 2010. Powered by Blogger.
RSS
made by Leeloumade by Leelou made by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

Tempahan Kuih Muih


Hanis At Home sedia menerima tempahan kuih muih untuk pelbagai acara majlis seperti sarapan pagi, high tea, kenduri kendara makan2 dan sebagainya dengan harga sangat yang berpatutan. Gambar yang kat atas tu tempahan dari student untuk event ladies night..berpeluh2 jugak la menyiapkannya dengan che abe kite weekend tu..mucho gracias dear..wah gituuu.


Ooo Ok..jom tengok resepi apam polkadot dulu..resepi ni dari blog mamasya..tapi dah edit2 sebab ambil apa yg ada je kat umah..salin kat kertas x ingat bila la pulaknyee..tapi sangat senang pakai cawan2 jer..boleh dapat dalam 60+ biji la kiranya.

Peralatan :

1. Pengukus..nana guna kuali besar je..jaring n penutup.
2. Hand mixer jer
3. Acuan kuih lompang atau acuan yang boleh masuk papercup sewaktu dengannya.
4. Paper cup yang kecil
5. piping bag ..nana guna plastik putih jer 
6. Mangkuk sederhana besar utk membancuh

Bahan : - Guna sukatan cawan Mug

1. 2 cawan tepung naik sendiri 
2. 3/4 cawan gula castor
3. 1 cawan air di tambah 3 skop susu tepung (guna susu anak..hihihi :)
4. 1 sudu teh overlate
5. 1 sudu teh esen vanilla
6. secubit garam
7. 2 biji  telur yang baru keluar dari peti sejuk
8. Pewarna atau inci.
9. Filling : mcm2 boleh letak antaranya yang paling nana suka buah2 kering seperti kismis, cranberry, kurma..or boleh letak jem kiwi, blueberry, strawberry dan berry2 sewaktu dengannya..or boleh letak coklat and peanut butter..it's up to you..

Method

1. Panaskan air dalam pengukus..balut penutup dengan kain supaya air x jatuh ke atas kuih..atau x payah pun x per asalkan rajin mengelap penutup tu.

2. Sediakan acuan kuih lompang (yg warna merah tu) dan letakkan paper cup di dalamnya.

3. Dalam mangkuk..masukkan telur, gula, vanilla dan overlate..mix menggunakan mixer all together hingga berkrim warna putih. 

4. Lepastu, tambahkan tepung berselang seli dengan air susu...kaup balik menggunakan senduk hingga rata dan habis tepung serta air tadi.

5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan ke dalam piping bag. Nana buat 5 bahagian..4 bahagian yang letak warna dan satu lagi biar plain utk dot2. Dah masukkan adunan dalam plastik, titiskan warna kesukaan ke dalam piping bag tadi, nak merah biru purple hijau..ikut suka dan citarasa..lepas tu ratakan warna tersebut. 

6. Gunting muncung hujung plasti or piping bag dan pancitkan separuh je ke dalam paper cup...lepas tu letak filling..sikit je cute2 ye..klu buah2 kering dalam 2 ke 3 biji cukup. Pancit sekali lagi untuk tutupkan filling hingga penuh paper cup. Then bolehla deco dot2 warna putih atasnya atau warna lain pun boleh..nak buat smiling face boleh, lady bird boleh, strawberry, bunga..tulis nama..n mcm2 lagilah just use your imagination and creativitylah ye.

7. Dah siap semua tu..bolehlah susun kat atas pengukus..check selalu airnya..get ready for the hot water utk top up air yang dah nak kering. Kukus dalam masa 10 ke 15 minit dengan api yang sederhana. Klu api besar jadi apam mekar pula.

8. Dah masak, let it cool and ready to serve.

Cuba jgn x cuba..senang baitu.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...