Hanis @t Home (c) Copyright 2010. Powered by Blogger.
RSS
made by Leeloumade by Leelou made by Leeloumade by Leeloumade by Leelou

Moist chocolate cake with buttercream frosting



Entry kali ni nana nak share resepi yg simpan dah lama tak ingat copy paste kat mana..kebetulan pula ada customer iaitu Rosene..dia order kek coklat moist ni...bukak balik buku koleksi resepi Hanis At Home..x ingat bahan sbb lama x buat kek moist ni ...Tq Rosene..actually dia order utk 1/2 kg dgn bc deco tapi nana buat lebih dari kg yg diminta..syiok Rosene bha kan?..love to make u happy dear. saiz kek ni 7 inch..texture yg sungguh moist..kukus selama 1 jam. jom intai resepi mudah..nana guna mug shj sebagai ukuran.

Sebelum apa2..harga tempahan RM 15 untuk 1/2 kg harga pengenalan untuk tahun ini..dengan deco sekali..self pick up.

panaskan kukusan terlebih dulu ya..nana guna kuali ja untuk kukus..mcm lebih mudah ikut style kaum cina kukus.

1. Bahan2 untuk dimasak dulu atas dapur :satukan kesemuanya.

1 blok butter 250gm dicairkan terlebih dahulu ya..
3/4 mug gula castor
1/2 mug susu pekat manis
3/4 mug serbuk coklat
1 mug air ditambah 3 sudu besar susu tepung dikacau

satukan kesemuanya dan masak atas dapur (api sederhana) hingga semua sebati. ketepikan.

2. 3 biji telur - dipukul dengan whisk hingga kembang. kemudian satukan dengan bahan yg dimasak diatas..satukan hingga well combine.

3. 1 1/4 mug tepung kek - diayak dulu kemudian satukn dengan campuran diatas td, adunan perlu ditapis supaya tiada tepung yg brrgentel2.

4. masukkan dlm loyang 7 atau 8inch dan kukus selama 1 jam.

5. cucuk dgn lidi sate utk lihat samada sudah masak atau tidak. kemudian sejukkan kek sebelum dihias dgn buttercream.

Bahan Buttercream

50gm Butter
150gm krimwell/ krimso (di KK ada ni)/ shortening
2 cawan icing sugar
2 sudu serbuk vanilla

Combine semua..beat lama okay sampai dapat kepekatan yang dikehendaki. (jadi warna putih buttercream itu) Jika mahu mendeco untuk bunga..tambahkan lagi icing sugar dan simpan sebentar dalam freezer..then barulah start to deco.

Selamat mencuba ya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...